Friday 15 July 2011

Doa selepas solat Dhuha... (ReZeki)

As Salam semua... 

memandangkan arinie hari jumaat, so arinie saya ingin berkongsi 1 doa yang diamalkan selepas solat dhuha... sy nie mmg lah sgt cetik ilmu agama... bru2 nie my mom bru bgtau ttg solat duha nie.. disebabkn mse mak bgtau tu x salin maka kelupaan lah.. arini bru teringat sbb nmpk mmbr kat FB wall kan... tq sahabat... 

best susunan ayat, perkataan yang digunakan juge begitu mendalam menusuk kekalbuku... hehehe... so kwn2 meh ler same2 kite renung2kan & slamat beramal... tp ini versi rumi yer bukan jawi...


" Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya.
Juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu "

amacam kwn2 best kan??

No comments:

Post a Comment

Ilmu Pengetahuan Utk Semua....

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)